ALOR SETAR: Polis Kedah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara telus terhadap kes kematian seorang lelaki yang merupakan suspek tangkapan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Langkawi, pada 1 Februari lalu. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, siasatan berhubung kes tersebut yang kini diambil alih oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah akan diumumkan dalam masa terdekat. Tambahnya, pihak polis juga tidak akan berselindung di sebalik siasatan kes berkenaan yang…










