KOTA KINABALU: Negara berdepan kerugian kira-kira RM4.5 juta sehari akibat penyeludupan keluar produk petroleum seperti diesel dan RON95. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara itu didedahkan dalam laporan yang diterbitkan Majlis Perniagaan EU-Asean mengenai isu penyeludupan terbesar dihadapi di Malaysia iaitu produk petroleum. “Berdasarkan kajian yang dikeluarkan EU-Asean, mereka melaporkan sebanyak tiga juta liter petroleum diseludup keluar dari Malaysia setiap hari. “Namun,…