BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan beliau merupakan ‘broker’ bagi menarik Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri. Menurutnya, Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian atas kerelaan mereka sendiri. “Saya bukan broker. Saya hanya menceritakan kepada mereka perkara yang betul ketika ditanya oleh rakan-rakan dari Parti Perikatan Nasional (PN), bukannya saya yang mencari mereka,” katanya.…