SEKOLAH Kebangsaan (SK) St. Paul, Seremban meraikan guru besar sekolah itu, A. Santhanasamy yang bersara mulai Mac ini. Lebih 1,000 orang termasuk murid, guru, ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta ahli lembaga pentadbir sekolah hadir dalam Majlis Apresiasi Sepagi Bersama Guru Besar di pekarangan sekolah berkenaan yang diadakan kelmarin. Santhanasamy memulakan karier sebagai guru di SK Kuala Sawah, Rantau pada Januari 1989 dan bertukar ke SK St.…