PETALING JAYA: Tiada lagi tempat selamat bagi warga Palestin selepas Israel bertindak menghancurkan keseluruhan Gaza menjelang umat Islam menyambut Ramadan tidak lama lagi. Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, kedegilan Israel yang meneruskan serangan terhadap rakyat Palestin menjadikan tiada tempat selamat untuk mereka di Gaza. “Tiada lagi tempat yang selamat di Gaza selagi Israel tidak menghentikan serangannya. “Rafah yang diklasifikasikan sebagai selamat pun sudah tidak selamat untuk penduduk Gaza,”…