Wanita tular lempar pasir, tendang motor lain atas jambatan ditahan

Polis tahan wanita tular lempar pasir, tendang motor lain atas jambatan

TANGKAP layar yang diambil daripada satu rakaman video menunjukkan seorang pembonceng wanita cuba melempar objek dipercayai pasir selain cuba menendang penunggang motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal ditahan susulan penularan satu rakaman video yang menunjukkan kedua-dua suspek cuba membahayakan pengguna jalan raya lain di atas Jambatan Pulau Pinang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, penunggang motosikal yang ditahan itu merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an manakala pemboncengnya pula adalah wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Terdahulu katanya, rakaman video mengenai kejadian itu telah dimuat naik ke dalam satu laman Facebook sebelum ia tular sejak tengah malam tadi.

Beliau berkata, rakaman berdurasi hampir satu minit itu menunjukkan, wanita terbabit cuba membaling objek disyaki pasir selain cuba menendang penunggang motosikal lain yang dipercayai cuba memotong motosikal mereka.

TANGKAP layar yang diambil daripada satu rakaman video menunjukkan seorang pembonceng wanita cuba melempar objek dipercayai pasir selain cuba menendang penunggang motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang, semalam.

“Hasil semakan lanjut mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pada tahun 2021 dan 2023.

“Ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengetahui hubungan antara penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 402 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kedua-dua suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam esok bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Helmi, polis turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT melalui talian 04-5382222 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN