BUKIT MERTAJAM: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal ditahan susulan penularan satu rakaman video yang menunjukkan kedua-dua suspek cuba membahayakan pengguna jalan raya lain di atas Jambatan Pulau Pinang sejak semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, penunggang motosikal yang ditahan itu merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an manakala pemboncengnya pula adalah wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an. Terdahulu katanya, rakaman video mengenai kejadian…