Perbezaan pendapat harus dihargai, Melly Goeslaw akui tidak berkecil hati - Utusan Malaysia

Perbezaan pendapat harus dihargai, Melly Goeslaw akui tidak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkemuka Indonesia, Melly Goeslaw, 50, mengakui tidak kisah dengan pandangan warganet yang mempertikai kemenangannya sebagai perangkul Anugerah Hall Of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2023. (GMWA 2023), semalam.

Menurut Melly, dia terbuka dengan setiap komen serta kritikan warganet dan menganggap perbezaan pendapat itu harus dihargai.

“Saya kurang tertarik untuk berfikir mengenai perkara itu (kecaman). Pada saya secara peribadi, saya terbuka orangnya. Saya membuka diri untuk perkara baharu dan perkara yang berbeza dengan orang lain.

“Ini kerana saya juga harus menghargai perbezaan pendapat. Di indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberikan kepada artis luar negara termasuklah dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.

“Keterbukaan di semua tempat harus diraikan untuk kita dapat berekspresi lebih luas lagi,”katanya.

Melly berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Ada Apa Dengan Melly and Friends di Rumah Tangsi, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah suaminya, komposer, Anto Hoed serta penganjur, Iman Tang dan Ketua Pegawai Eksekutif AKE Group, Datuk Bakhtiar Aliff.

Selain itu, Melly juga berkata, dia tidak membaca komen dan hanya menjalankan tugasnya untuk berkarya sahaja.

“Saya tak baca komen. Saya berkarya sahaja. Apa yang pasti dalam kehidupan ini, saya boleh kawal apa yang keluar dari diri saya baik dari segi kehidupan, kerjaya dan lain-lain.

“Tetapi, orang lain kita tak boleh kawal. Pada saya, selama apa yang saya lakukan itu benar dan menginspirasi kepada banyak orang, Insya-Allah akan datang perkara yang baik juga,”katanya.

Semalam, Anugerah GMWA 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Melly meraih anugerah bagi kategori Hall Of Fame.

Perkara itu bagaimanapun mengundang kecaman warganet yang beranggapan Melly tidak layak menerimanya memandangkan keutamaan harus diberikan kepada selebiri atau artis tempatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya