Pembelaan pertimbang kemuka rayuan keputusan kes Muhyiddin

Pembelaan pertimbang kemuka rayuan keputusan kes Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mengikuti rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya daripada empat pertuduhan salah guna kedudukan. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan yang mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertimbangkan secara serius untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta yang dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, ke Mahkamah Sesyen.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pasukan pembelaan mewakili Muhyiddin, 76, berkata, perkara itu perlu diteliti dengan lebih berhati-hati kerana melibatkan prosedur undang-undang.

Beliau berkata, jika rayuan dibuat, notis akan difailkan dalam tempoh 14 hari dan pembelaan akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mac depan untuk tindakan susulan.

“Hakikatnya, kami kecewa tetapi menerima keputusan itu. Isu asas dalam kes ini ialah sama ada Bersatu merupakan sebuah parti yang bersekutu mengikut akta SPRM (Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia), sedangkan kami bertekad ia tidak (tersenarai).

“Bukan itu sahaja, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada makna yang ditakrifkan oleh kamus sebaliknya kami memahami perkara terbabit sebagai mana yang terdapat dalam akta SPRM,” katanya.

Beliau ditemui wakil media selepas keputusan Mahkamah Rayuan mengembalikan kes bekas Perdana Menteri ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada keempat-empat pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×