MARIB, YEMEN: “Biarlah harta sebagai jarak pemisah antara kami dan manusia di negara lain, bukannya pendidikan.” Itu harapan guru, Solleh Abdul Quddus, 40, yang menjadi tenaga pengajar kepada lebih 1,200 kanak-kanak pelarian di Madrasah Ammar Bin Yassir di Kem Pelarian Al-Jufaenah. Dia yang berkhidmat lebih dua tahun di sekolah tersebut berkata, semua pelajar dan guru kini berdepan dengan pelbagai kekurangan dalam aspek kemudahan asas serta keperluan bahan pendidikan. “Semua pelajar…