Pelajar 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil - Utusan Malaysia

Pelajar 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Ketil

OPERASI mencari seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai mandi manda bersama beberapa rakannya dikhuatiri lemas di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, di sini petang tadi.

Mangsa, Muhamad Fakhrullah Mohamad berasal dari Kampung Sungai Bemban merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Puteri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.29 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd. Jusoh Abdul Wahab bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Tindakan awal yang dilakukan adalah dengan melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang lokasi mangsa dipercayai terjatuh dan di kawasan sungai itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Jamil berkata, operasi ditangguhkan sementara berikutan keadaan waktu malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun katanya pencarian di permukaan air mengunakan lampu suluh tetap dilakukan dari masa ke semasa di lokasi mangsa terakhir dikesan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini