ALOR SETAR: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3,900 daripada seorang pemilik bot, enam tahun lepas. Tertuduh, Mohd. Fazli Azizan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Mengikut pertuduhan, Mohd. Fazli yang memegang jawatan Laskar Kanan Maritim didakwa menerima wang tunai antara RM100 hingga RM600 daripada Tan Kok Seng melalui 12 transaksi dalam talian berasingan antara 5 Julai hingga 2 Disember 2018. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya