Padi tidak menjadi, petani rugi ratusan ribu

Padi tak jadi, petani rugi ratusan ribu

PETANI di Kampung Padang Makau, Dulang Kecil menunjukkan padi mereka yang tidak menjadi pada musim kali ini di Yan, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Persiapan sambutan Tahun Baharu Cina bagi sebilangan petani kaum Cina di daerah ini terasa hambar apabila mereka mengalami kerugian mencecah ratusan ribu ringgit ekoran tanaman padi diserang penyakit pada musim tuaian kali ini.

Seorang petani, Chai Min Hooi, 40, berkata, dia mengusahakan sawah padi seluas enam hektar dan penyakit padi tersebut dikesan kira-kira sebulan yang lalu ketika usia padi mencapai 85 hari.

“Sepatutnya butir padi sudah berisi pada usia 85 hari namun kini sudah sampai hari ke-100 namun butir padi masih tidak berisi dan kami sepatutnya sudah boleh tuai hasil dalam tempoh seminggu dua lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebiasaanya pendapatan saya boleh mencapai sehingga RM50,000 semusim namun pada musim ini pendapatan saya dijangka menyusut sehingga 50 peratus pada musim ini,” katanya ketika ditemui di Taman Yan, di sini semalam.

Seorang lagi petani, Law Ah Hoo, 72, berkata, dia mengusahakan tanaman padi seluas tiga hektar sejak 57 tahun lalu.

Katanya, ini kali pertama tanaman padinya diserang pe­nyakit dalam skala yang besar berbanding sebelum ini.

“Selalunya kalau kena pe­nyakit hanya dalam 10 peratus sahaja yang rosak tapi kali ini hampir 60 peratus daripada ta­naman padi saya tidak ada ha­sil,” katanya.

Sementara itu, Peng Poh Keat, 50, berkata, dia berharap masalah itu akan mendapat perhatian da­ripada pihak yang terlibat supaya nasib pesawah terbela.

“Musim kedua penanaman padi akan bermula pada April ini, jadi saya harap punca kepada masalah ini dapat dikenal pasti segera supaya tidak ber­ulang lagi pada musim akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa (AJK), Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd. Rosdi Yahaya berkata, keluasan sawah padi yang terlibat adalah kira-kira 30 hektar membabitkan kawasan sawah di Kampung Padang Ma­kau, Dulang Kecil, di sini.

Beliau berkata, setakat ini pe­tani masih belum mengesan jenis dan punca penyakit tersebut namun penyakit itu menyebabkan butir padi menjadi hampa atau tidak berisi sebelum kulitnya menjadi buruk dan rosak.

“Ini menyebabkan hasil tuaian padi pada musim ini berkurang kira-kira lebih 50 peratus dan merupakan kejatuhan hasil yang paling teruk yang pernah dialami pesawah di kawasan ini.

“Situasi ini menyebabkan pesawah tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian yang ting­gi terutamanya ketika mereka bakal menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini