New Zealand, Korea pencabar utama Malaysia - Utusan Malaysia

New Zealand, Korea pencabar utama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Untuk kali kedua berturut-turut Australia dan India tidak menyertai kejohanan hoki jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah di sini pada Mei ini.

Selepas tidak menyertai edisi ke-29 pada 2022, dua pasukan jagoan itu sekali lagi tidak berada dalam senarai enam pasukan yang menyertai kejohanan kali ini.

Sebaliknya New Zealand, Korea, Jepun, Pakistan, Kanada dan tuan rumah, Malaysia adalah enam pasukan mewarnai kejohanan dari 4 hingga 11 Mei itu.

Ketiadaan Australia dan India membuka peluang kepada pasukan lain untuk menjuarai kejohanan unggul itu.

Malah New Zealand dan Korea adalah pasukan yang menjadi pilihan kali ini kerana menduduki ranking tertinggi.

New Zealand menduduki ranking ke-10 manakala Korea nombor 12 dalam dunia.

Tuan rumah, Malaysia yang juga juara bertahan adalah pasukan ke-13 dunia.

Pemain negara sudah pasti turun dengan iltizam serta semangat mempertahankwn gelaran yang pertama kali diraih selepas 39 tahun.

Begitupun cabaran Jepun, pasukan ranking 16, Pakistan (15) dan Kanada (19) tidak boleh dipandang mudah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN