PARIT BUNTAR: Nelayan Daerah Kerian menggesa pihak berkuasa meningkatkan operasi di perairan Kerian bagi mencegah pencerobohan aktiviti bot Kenka di kawasan pesisir pantai di sini. Nelayan mendakwa, bot Kenka tidak mengikut peraturan ditetapkan terutama saiz mata pukat, yang memerangkap dan membunuh anak ikan. Wakil nelayan di sini, Saad Samsi,73, berkata, isu bot Kenka bukan perkara baru yang menjadi keresahan nelayan kerana aktiviti bot itu melanggar peraturan yang ditetapkan. Menurutnya, sepanjang…










