SERAMAI 54 murid-murid pra dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil di Dewan Putra Sari, Kangar, Perlis, baru-baru ini. Murid-murid yang terlibat dengan majlis itu terdiri daripada Kelas Pra Al Farabi (25 orang), Kelas Pra Ibnu Sina (22 orang) dan Kelas Pra Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Rafflesia (tujuh orang). Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu disempurnakan oleh Guru Besar SK Putra, Jafri…