SEGAMAT: Monumen Kemahkotaan Johor di Dataran Batu Hampar atau lebih dikenali sebagai Rock Garden di sini, menjadi antara mercu tanda baharu yang menarik kehadiran pengunjung ke daerah ini. Menurut Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd. Helmi Sha’ri @ Shangari, laman yang dibina dengan keluasan 725 meter persegi sejak Ogos tahun lalu itu membabitkan kos peruntukan berjumlah RM4.8 juta. “Pembangunan ikon monumen Kemahkotaan Johor itu tersergam indah di lokasi…










