PETALING JAYA : Ahli perniagaan, Mirzan Mahathir diberikan tempoh 30 hari lagi bagi membolehkan beliau untuk mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, ahli perniagaan berkenaan telah meminta lanjutan bagi mengisytiharkan harta termasuk aset alih dan tidak alih dimilikinya. Kata beliau, lanjutan itu hanya diberikan kepada Mirzan manakala adiknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir masih perlu mematuhi notis yang diserahkannya mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta…










