KUALA NERUS: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Permint Perdana dekat Kampung Seberang Takir di sini, semalam. Mayat lelaki yang berusia 51 tahun itu dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 7.10 malam dan disyaki sudah beberapa hari meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan bau busuk di sebuah rumah. Menurut…