RAUB: Walaupun berusia lebih 190 tahun, Masjid Lama Kuala Gali atau turut dikenali sebagai Masjid 100 Tahun di sini kekal utuh dan masih digunakan untuk program keagamaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Masjid Lama Kuala Gali, Mat Isa Mat Nor, 73, berkata, masjid itu dibina secara gotong royong sekitar 1833 dan tidak menggunakan paku serta hanya dipasak. “Saya pernah mengaji di sini sekitar 1958 dan menurut cerita orang dahulu, gajah…










