PUTRAJAYA: Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) menerima sebanyak 1,822 kes tahun lalu berbanding 1,657 kes pada 2022, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. Menurut beliau, kebanyakan kes yang diterima oleh mahkamah berkenaan adalah melibatkan pembuangan kerja secara tidak adil iaitu 1,474 kes. Jelasnya, berdasarkan statistik, sejumlah 5,463 kes dikendalikan MPM pada tahun lalu dengan 2,376 kes telah berjaya diselesaikan. Katanya, selain pembuangan kerja, antara kes-kes lain yang diterima MPM…










