PUTRAJAYA: Peserta Himpunan Selamatkan Syariah kekal berhimpun di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) sambil bermunajat selepas selesai solat hajat sekitar 9.30 pagi tadi. Mereka kekal tidak berganjak biarpun keputusan tidak rasmi oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengisytiharkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri itu. Malah, peserta masih bersemangat biarpun keadaan cuaca semakin panas. Jurucakap majlis himpunan, Kamaruzaman Mohamad…










