IPOH: Seorang pekebun yang diberkas kerana melanggar seorang anggota polis sedang bertugas di Tanjung Rambutan Ahad lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, T. Kuna, 34, yang didakwa atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan parah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa bernama Muhammad Dzulfaizi…