Lelaki lengkap berpakaian ditemukan lemas

Lelaki lengkap berpakaian ditemukan lemas

MAYAT mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Mentua, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan lemas di dalam Sungai Mentua, Pulau Ular, Pengkalan Kubor disini semalam.

Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seorang penduduk semasa melalui kawasan bawah Jambatan Pulau Ular di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, semasa ditemukan mayat lelaki berkenaan lengkap berpakaian.

Menurutnya, pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan.

“Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke hospital Kelaboran Tumpat untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh lemas,” katanya.

Amran memberitahu, mayat mangsa telah dituntut dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian.

Katanya, les diklasifikasi sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×