KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas ditarik ombak besar ketika sedang bersiar-siar di pesisir Pantai Batu Buruk di sini semalam ditemukan lemas pada pukul 4 petang tadi. Mayat Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemukan beberapa nelayan dalam keadaan terapung berhampiran Pulau Gemia di Marang. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sejurus mendapat maklumat tersebut, pihaknya bersama polis marin dan Agensi…