SUNGAI SIPUT: Seorang peniaga roti terlepas hukuman penjara sebaliknya diperintah melakukan kerja kebajikan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membuat laporan palsu berkaitan kejadian samun, dua minggu lalu. Majistret Nurul Asyifa Redzuan memerintahkan Abdul Mustaqim Mohd. Tab, 31, melakukan kerja kebajikan itu tiga jam sehari selama tiga bulan selepas menimbangkan rayuan, fakta kes dan hujah pihak pendakwaan. Mengikut pertuduhan, lelaki yang masih bujang itu didakwa sengaja memberi…