ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan pencemaran Sungai Air Merah menghala ke Sungai Kulim di Kulim dipercayai akibat aktiviti penternakan khinzir di perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Menurut Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, pihaknya menerima maklumat pencemaran itu melalui sistem Notification of Pollution Event (NPE) Tahap Satu pada pukul 11 pagi, Jumaat lepas. “Maklumat bacaan bagi parameter Ammoniakal Nitrogen (NH3-N) yang direkodkan adalah 2.91152…










