MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengeluarkan sebanyak 2,002 kompaun bernilai RM1,019,150 ke atas premis makanan kerana didapati tidak bersih sepanjang tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, tindakan itu diambil di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Menurutnya, JKN telah menjalankan pemeriksaan ke atas 6,010 premis makananan dengan 61 daripadanya diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. “Antara kesalahan utama premis dikenakan…