Kerajaan pertimbang benarkan PADU diakses dari luar negara - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbang benarkan PADU diakses dari luar negara

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diakses dari luar negara bagi kepentingan rakyat terutamanya diaspora Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebarang pertimbangan akan dibuat selepas kementeriannya mengambil kira penilaian risiko serangan siber setelah fasa satu nanti.

“Buat masa sekarang memang akses dari luar negara tidak dibenarkan sebagai langkah keselamatan.

“Kemudahan kemaskini dan verifikasi data ke dalam PADU akan diteruskan pada fasa kemaskini seterusnya, selepas fasa 1 yang berakhir 31 Mac 2024.

“Akses dari luar negara akan dipertimbangkan selepas kami mengambil kira cyber attack risk assessment selepas fasa 1 ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keluhan seorang pengguna yang tidak dapat mengakses sistem PADU dari luar negara, justeru mencadangkan sistem itu dibuka kepada luar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×