Kenderaan menteri ekori rapat ambulans, Anthony Loke akan keluar kenyataan - Utusan Malaysia

Kenderaan menteri ekori rapat ambulans, Anthony Loke akan keluar kenyataan

ANTHONY Loke Siew Fook menyantuni penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur pada Pelancaran Sistem Pembayaran Terbuka KTMB di Stesen Keretapi Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian kenderaan seorang menteri mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam kecemasan ketika berlaku kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan pada Sabtu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sendiri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

“(Perkara) Itu nanti kita akan cakap. Kita ada isu yang lebih besar daripada itu. Memang ada penjelasan, akan diberikan kemudian

“Penjelasan berhubung dengannya akan diberikan kemudian, oleh saya sendiri,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada pelancaran Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Ipoh di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Min.

Anthony Loke mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chong Yew Chuan yang mendesak siasatan dan tindakan tegas perlu diambil berhubung kejadian sebuah kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala ke Tapah.

Chong berkata, identiti menteri berkenaan juga perlu didedahkan bagi membuktikan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa memilih bulu dan memelihara nama baik kerajaan.

Kejadian kenderaan menteri mengekori ambulans dikatakan berlaku ketika kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk tiga buah treler di Kilometer 288.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Sabtu lalu.

Kemalangan menyebabkan dua mangsa maut iaitu pemandu treler muatan gula pasir dan barangan logam.

Kemalangan menyebabkan trafik tidak bergerak dengan semua lorong di kedua-dua arah terhalang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN