MELAKA: Seramai 3,500 pengunjung warganegara Malaysia dijangka mengunjungi Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini bersempena kemasukan percuma yang ditawarkan kerajaan negeri khusus untuk Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 20 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad memaklumkan, bilangan petugas di lokasi pelancongan utama itu juga akan ditambah bagi melicinkan proses keluar masuk orang ramai ke pelantar menara tinjau, bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Beliau berkata, imbasan identiti hanya dilakukan kepada pengunjung dewasa sahaja bagi mempercepatkan urusan terutama kepada mereka yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya