ALOR SETAR: Keluarga kepada Mohd. Hafiz Salleh yang meninggal dunia kerana didakwa diserang sekumpulan anggota polis kira-kira seminggu lalu menuntut pembelaan ke atas kematian lelaki tersebut. Menerusi hantaran di Facebook, seorang adik mangsa, Salwana mengesahkan kematian abangnya yang didakwa diserang ketika ditahan polis di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Isnin lalu. Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian terbabit selepas video kejadian kini tular. “Kami mahu hak keadilan…










