KEB 2024: Hanya 38.7 peratus dari 9,162 syarikat halal milik bumiputera

KEB 2024: Hanya 38.7 peratus dari 9,162 syarikat halal milik bumiputera

SEKITAR Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu merangka beberapa langkah bagi memastikan penyertaan bumiputera di dalam industri halal yang kini banyak dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan bumiputera.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, hanya 38.7 peratus daripada 9,162 syarikat halal merupakan milik bumiputera.

Menurut beliau, hampir keseluruhan premis perusahaan tersebut tidak memenuhi syarat pensijilan halal, di mana pemilik terlalu bergantung kepada hasil sara diri bagi membolehkan aktiviti perniagaan dapat dilakukan secara harian.

“Antaranya melaksanakan program transformasi perniagaan halal melalui aktiviti penilaian ketersediaan dan bimbingan perniagaan seperti mewujudkan sistem tier dan green lane untuk bumiputera mendapatkan sijil halal serta menyediakan fasilititi perindustrian yang menepati pensijilan halal.

“Selain itu, mewujudkan pengiktirafan khas kepada perusahaan yang meliputi promosi bersepadu antara agensi.

“Kerajaan juga perlu mewajibkan 70 peratus pembelian barangan program rasmi kerajaan adalah produk halal dan bumiputera,” katanya semasa melakukan pembentangan mengenai pengukuhan industri halal di Kongress Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Untuk rekod, KEB 2024 yang diadakan selama tiga hari sehingga Sabtu ini di Pusat Konvensyen Putrajaya Antarabangsa (PICC) itu merupakan agenda penting kerajaan bagi merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh.

Mengulas lanjut, Dr. Ameer Ali berkata, langkah tersebut bakal membolehkan 5,200 usahawan mendapat sijil halal dan menyaksikan lebih 68 peratus daripada syarikat halal merupakan bumiputera.

Tambahnya, kerajaan perlu turut melaksanakan beberapa program seperti promosi di peringkat antarabangsa dan menyediakan dana pembiayaan yang khusus untuk menggalakan penyertaan perusahaan produk halal.

“Ini kerana nilai eksport produk halal pada tahun 2023 direkodkan berjumlah RM53.72 bilion dan 6.1 peratus ataupun RM3.26 bilion merupakan produk keluaran bumiputera.

“Kekurangan produk yang menembusi pasaran global disebabkan kapasiti pengeluaran yang rendah serta penyediaan logistik yang terhad di sepanjang rantaian bekalan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya