SUNGAI PETANI: Beberapa kawasan perkelahan di sekitar Kuala Muda dan Yan, di sini menjadi tumpuan ramai sejak cuti sekolah bermula Khamis lalu ekoran cuaca panas yang melanda negeri ini. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi termasuk Kawasan Rekreasi Tupah, Sungai Batu Pahat di Merbok, Kawasan Perkelahan Seri Perigi dan Titi Hayun di Yan mendapati kawasan itu menerima kunjungan ramai berbanding kebiasaan. Walaupun kemarau dan paras air tidak banyak, namun ramai…










