SUNGAI SIPUT: Tindakan seorang jurujual kedai peralatan lampu membuat laporan palsu kononnya disamun membawa padah apabila didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Khiu Jia Shun, 40, juga berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hukuman itu dikenakan ke atasnya selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa…