Jemaah Menteri tidak bincang gesaan penjelasan keputusan Lembaga Pengampunan

Jemaah Menteri tidak bincang gesaan penjelasan keputusan Lembaga Pengampunan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan gesaan segelintir pihak untuk memberikan penjelasan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, lazimnya Lembaga Pengampunan tidak akan memberikan apa-apa komen atau kenyataan selepas keputusan dibuat, malah ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya perbahasan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan itu dihentikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ditanya pandangan peribadinya adakah wajar penjelasan diberikan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan itu, Fahmi berkata, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa tidak perlu penjelasan dibuat mengenai keputusan itu.

“Saya terima pandangan pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang menulis rencana di sebuah akhbar sebelum ini.

“Beliau (Dr Shad) menyatakan bahawa perbincangan dalam Lembaga Pengampunan ini berstatus rahsia dan saya bersetuju dengan pandangan itu,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendesak kerajaan supaya memberi penjelasan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memandangkan kes tersebut berprofil tinggi dan mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Lembaga Pengampunan pada 2 Februari lalu mengumumkan untuk membebaskan Najib lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri itu turut memaklumkan, Lembaga Pengampunan turut mengurangkan denda yang perlu dibayar Najib iaitu hanya RM 50 juga berbanding RM210 juta sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN