Hun Huqeem diarah bayar ganti rugi kepada MIG sehingga ratusan ribu - Utusan Malaysia

Hun Huqeem diarah bayar ganti rugi kepada MIG sehingga ratusan ribu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan mengarahkan pelakon Hun Huqeem membayar ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada Metrowealth International Group (MIG) berikutan tindakan pelakon itu yang melanggar kontrak tiga tahun lepas.

Perkara itu dikongsi Pengasas MIG dan penerbit, David Teo semalam, yang memaklumkan keputusan itu ditetapkan mahkamah berkenaan pada 27 November tahun lalu.

“Hun juga diarahkan membayar semula wang tunggakan berjumlah RM30,240 yang kami berikan kepadanya sebelum ini. Namun dia telah membayar separuh dari jumlah penuh wang tunggakan itu,” kata David selepas sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 semalam.

MIG mendakwa Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 26, telah melanggar persetujuan dengan bertindak menarik diri daripada terus bernaung dibawah pengurusan syarikat berkenaan ketika masih terikat dengan kontrak yang berbaki dua tahun.

Sehubungan itu, MIG sebelum ini telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum mahkamah tersebut mengenepikan kes berkenaan dan mengarahkan MIG membayar baki tunggakan berkenaan kepada Hun.

Namun David menarik nafas lega apabila keputusan berpihak kepadanya selepas kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.

“Hun bersalah kerana melanggar kontrak. Dia tarik diri ketika namanya semakin popular.

“MIG ketika itu terpaksa menanggung kerugian disebabkan banyak tawaran yang dia tolak,” kongsinya lanjut.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas Hun berhubung perkara itu, gagal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN