KOTA KINABALU: Hasrat Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk mengembalikan semula Perkara 6(7) dalam Perlembagaan Sabah menerima kritikan. Peguam mewakili kerajaan, Tengku Datuk Fuad Ahmad berkata, Perkara 6(7) adalah satu klausa yang tidak konsisten dan bercanggah dengan konsep demokrasi. Beliau berkata, klausa yang tidak jelas itulah menjadi punca kepada ketidakstabilan politik dan ketidakpastian perlembagaan di Sabah pada masa yang lalu. Perkara 6(7) adalah berkaitan panduan Yang…










