KANGAR: Pengeluaran mempelam harumanis musim ini dijadual bermula seawal minggu ketiga Mac depan dijangka mencecah 2,000 tan metrik, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu iaitu sekitar 1,243 tan metrik. Sasaran tersebut berdasarkan potensi pengeluaran bunga pokok harumanis sebanyak 70 peratus ketika ini manakala 30 peratus pokok lagi sedang berpucuk. Peningkatan itu berikutan cuaca panas berterusan yang melanda berbanding tahun lalu apabila berlaku hujan ketika musim berbunga. Keluasan kawasan…










