KETIKA awal kemunculannya dalam industri muzik, Rihanna selalu dibanding-bandingkan dan sering menerima kritikan kerana kemampuan nyanyiannya yang dianggap kurang menonjol berbanding penyanyi lain seperti Beyonce. Namun hari ini, penyanyi kelahiran Barbados ini mendominasi sebagai penyanyi wanita paling berpengaruh di dunia dengan jumlah kekayaan melebihi AS$1.4 bilion. Sebahagian besar nilai kekayaan dimiliki beliau adalah hasil perniagaan kosmetik, Fenty Beauty yang dilancarkannya pada 2017. Ibarat tidur berbantalkan emas, Robyn Rihanna Fenty menikmati…










