PADANG BESAR: Tindakan licik penyeludup menghanyutkan 20 ketulan mampat dipercayai ganja di dalam satu bungkusan guni di perairan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila kegiatan itu berjaya dihidu anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis di perairan Sungai Belati, Kuala Perlis, Khamis lepas. Bungkusan guni itu ditemukan hanyut sekitar pukul 4.30 pagi pada kedudukan kira-kira satu kilometer dari kawasan persisir sungai berkenaan. Pengarah Kastam negeri, Ismail…