Ganggu pengguna jambatan, wanita direman bersama pasangan

Ganggu pengguna jambatan, wanita direman bersama pasangan

WANITA yang tular kerana melempar pasir serta menendang penunggang motosikal lain (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mendapatkan perintah reman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Wanita yang tular kerana bertindak melampau dengan melempar pasir serta menendang penunggang motosikal lain atas Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini direman selama empat hari bersama pasangannya, bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan selepas permohonan tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Terdahulu, wanita berusia 37 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis bersama pasangannya yang berusia 50-an serta beberapa tahanan lain kira-kira pukul 8.30 pagi.

PENUNGGANG motosikal yang juga suami kepada wanita yang tular kerana mengganggu pengguna Jambatan Pulau Pinang (dua dari kiri) baru-baru ini turut dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mendpaatkan perintah reman

Media sebelum ini melaporkan bahawa pasangan suami isteri itu telah ditahan di George Town susulan penularan satu rakaman video berdurasi hampir satu minit di media sosial yang menunjukkan kedua-dua suspek cuba membahayakan pengguna jalan raya lain di atas Jambatan Pulau Pinang.

Dalam rakaman tersebut, wanita terbabit yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dikatakan cuba membaling objek disyaki pasir serta menendang penunggang motosikal lain yang dipercayai cuba memotong motosikal mereka.

Menurut polis, siasatan mendapati, pasangan terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang turut disiasat di bawah Seksyen 502 Kanun Keseksaan sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN