Fizi Ali sebak dibenarkan jaga Ameena empat hari, mahu ke ‘waterpark’ - Utusan Malaysia

Fizi Ali sebak dibenarkan jaga Ameena empat hari, mahu ke ‘waterpark’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selepas tiga bulan tidak bertemu, penyampai radio, Fizi Ali, sebak apabila dibenarkan menjaga anaknya, Ameena Sofia, selama empat hari bermula 1 Mac ini.

Keputusan itu dicapai hasil budi bicara kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya minggu depan saya dapat ambil
Ameena selama empat hari.

“Terima kasih puan (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walau hanya empat hari. Itu pun saya sangat bersyukur, Alhamdulillah,” katanya.

Tidak dapat menahan rindu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu sudah merancang memohon cuti dan membawa anaknya ke taman tema air.

“Perancangan saya mungkin kami akan kentaman tema air. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira.

“Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak dan ayah saya. Walau tidak cakap, emak selalu pegang barang Ameena.

“Saya akan ambil cuti, tolong beritahu bos saya ya,” seloroh Fizi.

Dedah Fizi, barang dan lukisan Ameena masih di dalam simpanannya kerana percaya bahawa anaknya itu akan kembali ke pangkuannya.

Sebutan semula kes hadanah kekal akan berlangsung pada 19 Mei di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Pada 15 Disember lalu, Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mengiginkan anak perempuanya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu, Siti Zulaikha pada 23 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya