IPOH: Empat lelaki menaiki sebuah kenderaan yang dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 kilometer hingga mengakibatkan dua anggota polis cedera di Kilometer 215, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Taiping minggu lalu, berjaya diberkas semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek warga tempatan berusia 38 hingga 42 tahun itu ditangkap di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah. Katanya, tangkapan oleh Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu turut membawa kepada rampasan barang kes iaitu pelbagai peralatan untuk mencuri kabel.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya