Dua beranak tuntut bayaran bekal minyak masak ditahan SPRM

Dua beranak tuntut bayaran bekal minyak masak ditahan SPRM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Kedah menahan dua beranak kerana disyaki menggunakan dokumen tuntutan bayaran yang mengandungi butir matan palsu.

Dokumen itu digunakan kononnya bagi tujuan menuntut pembayaran pembekalan minyak masak di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sedangkan bekalan tersebut tidak dilaksanakan.

Sumber memberitahu, suspek pertama yang merupakan lelaki berusia 50-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak lelakinya yang berusia 20-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka ditahan antara pukul 7.30 malam, semalam dan 10 pagi ini ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Kedua-dua beranak ini disyaki menggunakan lesen syarikat tempat mereka bekerja untuk membuat tuntutan palsu subsidi minyak masak paket satu kilogram dari sebuah kementerian di antara Jun dan Julai 2020.

“Tuntutan tersebut mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak kepada premis peruncit dan pemborong di tiga negeri berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka direkodkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×