KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan memeterai perjanjian dan menerima bayaran RM100,000 tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, tujuh tahun lalu. Jalil Siam, 62, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin. OKS didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat Ghaz Properties Sdn. Bhd. dengan memeterai…