KANGAR: Pengeluaran hasil mempelam harumanis musim ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu berikutan keadaan cuaca panas berterusan di Perlis. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razali Saad berkata, pada musim ini, pengeluaran mempelam harumanis dijangka boleh mencecah sehingga 1,200 tan metrik berbanding tahun lalu, 1,189 tan metrik. Katanya, berdasarkan prestasi semasa, 60 peratus pokok mempelam harumanis sekitar negeri ini juga telah berbunga dan bakal mengeluarkan hasil pertengahan April…