PETALING JAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri telah memulakan kajian dan sesi libat urus dalam mencadangkan pindaan Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] sebagai tindakan lanjut kepada pelaksanaan hala tuju dan inisiatif penambahbaikan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC). Menurut kenyataan BHEUU, kajian itu melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Majlis Peguam Malaysia. “Secara keseluruhan, hala tuju dan penambahbaikan AIAC diyakini akan memastikan AIAC terus cemerlang sebagai hab…