KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 orang peserta perhimpunan #Reformasi100Peratus mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara seawal pukul 7.30 pagi. Difahamkan, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan bergerak ke Parlimen sebelum pukul 8.30. Perhimpunan terbabit bagi menyerahkan tuntutan Reformasi 100 peratus dijanjikan antaranya menolak keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan rasuah. Media sebelum ini melaporkan polis tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berkaitan penganjuran perhimpunan anjuran Bersih esok. – UTUSAN










