KUALA LUMPUR: Seramai 47 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad yang dijadualkan bermula Mei ini. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh pada sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Prosiding perbicaraan ditetapkan selama 15 hari iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun,…